dari comment box

Monday, March 7 | |

wallahu'alam kalau sumber anonymous ni betul. but i see the logical point of it. (content stay as it is, but i took the unasked effort to turn the comment into proper Bahasa Melayu)
tentang menjaga rahsia (aib):

Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, Nabi SAW bersabda: “Seorang hamba tidak menutupi aib hamba yang lain di dunia kecuali Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat”. (HR; Muslim). Jika dah tahu (kerana dia tunjuk terang-terangan), sedaya upaya perlu nasihatkan atau usaha supaya dia berhenti buat dosa tu; utk melepaskan tanggungjawab kita terhadap kemungkaran yg berlaku depan mata. kalau dia taknak ikut, tanggungjawab kita dah terlepas.tapi kena terus usaha, dan tidak boleh redha dgn kesalahan dia. yang pasti, dosa dia sangat besar sebab dia dah tak takut lagi berbuat dosa; dosa besar pulak tu. huhu. Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Seluruh umatku akan diampuni dosa-dosa kecuali orang-orang yang terang-terangan (berbuat dosa). Di antara orang-orang yang terang-terangan berbuat dosa adalah seseorang yang pada waktu malam berbuat dosa, kemudian di waktu pagi ia menceritakan kepada manusia dosa yang dia lakukan semalam, padahal Allah telah menutupi aibnya. Ia berkata, “Wahai fulan, semalam aku berbuat ini dan itu”. Sebenarnya pada waktu malam Tuhannya telah menutupi perbuatannya itu, tetapi justeru pagi harinya ia membuka aibnya sendiri yang telah ditutupi oleh Allah. (Muttafaq ‘alaih HR: Bukhari dan Muslim). the point is, kalau kita buat dosa, jangan dihebah-hebahkan; kat Facebook ke, cerita kat kawan baik ke. sekurang-kurangnya kita masih ada rasa malu dengan dosa kita tu; ni antara ciri-ciri orang beriman.  kalau keburukan orang yang kita tahu, selagi dapat simpan, simpanlah. nak-nak kalau dia dah taubat, who knows? tapi jika perlu untuk ambil tindakan, bincang hanya dengan org yang benar-benar berhak tahu. kita cerita for the sake of kawan itu, bukan saja-saja membuka aib dia, apatahlagi atas dasar dengki ;) tentang "suami/isteri yg baik utk orang yang baik", generally begitu. tapi kadang-kadang Allah beri isteri/suami yg jahat itu sebagai ujian. dan di situlah akan terlihat kesabaran dia, pergantungan dan lain lain yang meningkatkan lagi martabat dia di sisi Allah. (sebagai contoh, ingat tak, Siti Asiah yang bersuamikan Firaun?). Allah Maha Adil. jika tidak bahagia di dunia, insha-Allah bahagia yang kekal menanti di akhirat kelak :). sedikit dari pengetahuan saya. wallahu a`lam.

0 comments:

Powered by Blogger.